Selamat Datang ke Blog Rasmi SK. Besout 4, 35600 Sungkai, Perak. Blog Ini Telah Dibina Pada April 2008

Senarai Guru 2018

1.Guru Besar-En. Syahrul Nizam Bin Zulkflee 2.PK1-Pn. Normah Bt. Sulaiman 3.PK HEM-En. Ismail Bin Ibrahim 4.PK.Ko-En.Mohamad Zahrani Bin Zainul Abidin 5.GC-Pn.Norashikin Bt. Ramli 6.Pn.Rosida Bt. Abdul Shukor 7.En.Abdul Karim Bin Md Yusoff 8.En. Izzul Bin Che Rusli 9.Pn. Siti Hajar Bt. Abdul Wahab 10.En.Shanizam Bin Abdul Rahman 11.Pn.Mazrehan Bt. Abdol Rahim 12.Pn.Roslina Bt. Ariffin 13.En. Ezwan Shah Bin Ahmad 14. Pn. Juriah Bt. Abd. Jalil 15.En. Sabri Bin Ibrahim 16. Cik Najwatul Salmi Ismail 17. En. Mohd. Yusof Bin Ahmad 18. Cik Herdawati Bt Jamaludin

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011

>> Saturday, April 30, 2011

Read more...

j-QAF 2006 : Pembentangan Berfokus 2011

>> Wednesday, April 27, 2011

Read more...

Ihtifal Sekolah Agama Rakyat : Tahniah Kepada Murid Besout 4

>> Sunday, April 24, 2011

23 April 20111, Sabtu - Warga SK. Besout 4 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dari SK. Besout 4 yang telah menyertai Ihtifal Sekolah Agama Rakyat Zon B (Besout). Pasukan Sekolah Agama Rakyat Al-Falahiah Besout 4 mengungguli acara nasyid lelaki (Johan), nasyid perempuan (ketiga), Tilawah perempuan (ketiga) dan bercerita perempuan (kedua).

Read more...

Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan 2011 : 2 Orang Murid SK. Besout 4 Terpilih

>> Wednesday, April 20, 2011

Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada pasukan hoki sekolah kerana dua daripada pemainnya terpilih untuk menyertai Kejohanan Hoki peringkat Kebangsaan 2011 yang bakal berlangsung pada bulan Jun nanti. Dua orang murid tersebut ialah Arif bin Sabron dan Mohamad Aizuddin bin Mohamad Basar. Tahniah ...

Read more...

Latihan Sukan 2011 Bermula

>> Tuesday, April 19, 2011

Read more...

Gotong Royong Menceriakan Halaman Sekolah 2011

Read more...

LDP Kali Kedua 2011

Read more...

Nasyid MTQ Daerah : SK. Besout 4 Tempat Ketiga

16 April, Sabtu - Tahniah diucapkan kepada peserta sekolah yang berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara nasyid dalam Majlis tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat Daerah Batang padang 2011.

Read more...

Mesyuarat PIBG Kali Pertama Sesi 2011/2012

>> Tuesday, April 12, 2011

Persatuan Ibubapa dan Guru SK. Besout 4 mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada sesi ini pada 07 April 2011 di Bilik Gerakan SK. Besout 4.

Read more...

Mesyuarat Ko-Kurikulum Kali Kedua 2011

Mesyuarat Ko-Kurikulum diadakan pada 13 April 2011 di Bilik Gerakan SK. Besout 4.

Read more...

Mesyuarat HEM Kali Kedua 2011

Mesyuarat HEM telah diadakan pada 12 April 2011 di Bilik Gerakan SK. Besout 4.

Read more...

Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua 2011

Mesyuarat kurikulum kali kedua telah diadakan pada 05 April 2011 di Bilik Gerakan SK. Besout 4.

Read more...

Program Sekolah Selamat (1)

>> Wednesday, April 6, 2011

06 April, Rabu - Guru dan murid telah dikejutkan dengan deringan loceng kecemasan selama satu minit pada jam 9.40 pagi. Deringan itu memaksa seluruh warga SK. Besout 4 untuk berkumpul di padang sekolah, iaitu lokasi paling selamat apabila berlakunya kecemasan seperti kebakaran. En. Shamsol Kamal yang ditugaskan sebagai Penyelaras Sekolah Selamat turut menyampaikan beberapa peringatan penting tentang keselamatan diri.

Read more...

Acara Yang Dipertandingkan Dalam MTQ 2011

Read more...

SK. Besout 4 Juarai Acara Nasyid MTQ Kelompok 7 2011

>> Sunday, April 3, 2011

02 April 2011, Sabtu - Sekolah melakar satu lagi sejarah pada tahun 2011 apabila mengungguli acara nasyid sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Kelompok 7 yang diadakan hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang berganding bahu melakar kemenangan ini. Sejak beberapa tahun lalu, wakil hanya pernah beberapa kali menduduki tempat kedua dalam acara berkenaan. Selain itu, wakil sekolah juga turut mendapat tempat ketiga dalam acara Tilawah Al-Quran (P) yang sertai oleh adik Nor Zahidah Abdul Rahim, dan acara Bercerita (L) yang disertai oleh adik Adham Mustaqim Ahmadi. Tahniah diucapkan kepada semua.

Read more...

April Fool : Haram Bagi Umat Islam Menyambutnya

Mengikut sejarah, April Fool’s Day ini merupakan hari di mana tentera Kristian telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam setelah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol. Penduduk Islam ini terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri tapi tentera Kristian tak puas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk Muslimin ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Read more...

Permohonan Pertukaran Guru 2011

>> Friday, April 1, 2011

Permohonan pertukaran bagi guru-guru yang ingin bertukar bolehlah melayari laman e-GTukar atau klik di sini mulai 01 April 2011. Selamat mencuba.

Read more...

Kursus Asas Pengakap Peringkat Daerah Batang Padang

Seramai 4 orang murid dari sekolah ini telah terpilih untuk mengikuti Kursus Asas Pengakap yang diadakan di SK. Sungai Behrang, Behrang, Perak. Kursus tersebut diadakan selama 2 hari, bermula pada 01 April dan berakhir pada 02 April 2011. Murid-murid berkenaan ialah Hazreen Ainin Mahhadee, Hakimi Arif, Muhammad Amirul Norkhaidi dan Muhammad Haidar Abdul Latif.

Read more...

Lawatan JPN Ke SK. Besout 4

29 Mac 2011 - SK. Besout 4 telah dikunjungi oleh wakil daripada JPN Perak. 2 orang pegawai berkenaan difahamkan telah melakukan semakan terhadap semua fail yang terdapat di sekolah ini. Admin mewakili Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang telah menyiap dan melengkapkan maklumat dalam fail-fail sekolah.

Read more...

Gambar Murid Yang Mengharumkan Nama Sekolah

Read more...

Latihan MTQ Giat Dijalankan

Panitia Agama Islam sekolah ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang terlibat membantu dan melatih peserta Majlis Tilawah Al-Quran dan Makhrajan Kesenian Islam (MTQ MKI) yang bakal diadakan pada 02 April 2011. Untuk makluman, SK. Besout 4 menyertai 6 acara yang dipertandingkan, iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bacaan Rawi, Bercerita, Nasyid dan Tulisan Jawi. Terima kasih kepada semua.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aktiviti 2006

Aktiviti 2006

Aktiviti 2007

Aktiviti 2007

Aktiviti 2008

Aktiviti 2008

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP