Selamat Datang ke Blog Rasmi SK. Besout 4, 35600 Sungkai, Perak
1.Guru Besar-En.Azmi Mat Adam 2.PK1-En.Hamran Ismail 3.PK HEM-En. Samsul Hashim 4.PK.Ko-Pn.Normah Sulaiman 5.GC-Pn.Hadijah Wahi 6.GC-Pn.Norashikin Ramli 7.En.Shamsol Kamal Hamzah 8.Pn.Rosida Abdul Shukor 9.En.Abdul Karim Md Yusoff 10.En.Mohamad Zahrani Zainul Abidin 11.Pn. Faezah Said 12.En.Shanizam Abdul Rahman 13.Pn.Mazrehan Abdol Rahim 14.Pn.Roslina Ariffin 15.En. Ezwan Shah Ahmad 16. En.Khaled Mat 17.Pn.Azlina Abdullah 18. Pn.Jamilah Suaib 19.Cik Najwatul Salmi Ismail

Video Bar

Loading...

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 16

>> Monday, March 1, 2010

24 Februari, Rabu – Program sukan sekolah mencapai kemuncaknya pada petang ini apabila Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 16 peringkat SK. Besout 4 berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di padang sekolah ini. Temasya sukan berkenaan yang bertemakan ”Badan Sihat Otak Cergas” telah selamat dirasmikan oleh mantan Pengurus Felda Besout 4, En. Arzami bin Hashim. Guru Besar, Pn. Hjh. Latifah binti Hj. Salleh turut berucap menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut hadir ialah YDP Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK. Besout 4, En. Mahhadee bin Ramli. Majlis yang didahului oleh acara perbarisan kontinjen rumah sukan dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Khaled serta bacaan ikrar kejohanan oleh ketua murid, adik Hafizuddin bin Osman dimulakan seawal jam 2.40 petang dan berakhir pada jam 5.30 ptg. Antara acara yang diadakan ialah acara akhir 50m lelaki dan perempuan C, acara akhir 100m lelaki dan perempuan A dan B, acara akhir 4 x 100m lelaki dan perempuan A dan B. Turut diadakan ialah sukaneka Pra Sekolah, sukaneka murid tahun 1 hingga 6, sukaneka ibubapa dan penyampaian hadiah serta anugerah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aktiviti 2006

Aktiviti 2006

Aktiviti 2007

Aktiviti 2007

Aktiviti 2008

Aktiviti 2008

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP