Selamat Datang ke Blog Rasmi SK. Besout 4, 35600 Sungkai, Perak
1.Guru Besar-En.Azmi Mat Adam 2.PK1-En.Hamran Ismail 3.PK HEM-En. Samsul Hashim 4.PK.Ko-Pn.Normah Sulaiman 5.GC-Pn.Hadijah Wahi 6.GC-Pn.Norashikin Ramli 7.En.Shamsol Kamal Hamzah 8.Pn.Rosida Abdul Shukor 9.En.Abdul Karim Md Yusoff 10.En.Mohamad Zahrani Zainul Abidin 11.Pn. Faezah Said 12.En.Shanizam Abdul Rahman 13.Pn.Mazrehan Abdol Rahim 14.Pn.Roslina Ariffin 15.En. Ezwan Shah Ahmad 16. En.Khaled Mat 17.Pn.Azlina Abdullah 18. Pn.Jamilah Suaib 19.Cik Najwatul Salmi Ismail

Video Bar

Loading...

Program jati Diri dan Motivasi 2010

>> Tuesday, March 30, 2010

Program Jati Diri dan Motivasi telah berjaya diadakan pada 26 dan 27 Mac 2010 yang lalu bertempat di SK. Besout 5. Program permuafakatan tersebut merupakan program jiran cemerlang kali pertama, anjuran bersama antara SK. Besout 4 dan SK. Besout 5. Terima kasih kepada Guru Besar kedua-dua sekolah, Pn. Hjh. Latifah dan En. Mohd Tarmizi Mohd Tahir. Seramai 45 orang murid dari tahun 5 dan 6 dari kedua-dua sekolah turut terlibat dalam program berkenaan. 

Program tersebut bermula pada jam 3.00 ptg (Pendaftaran), diikuti dengan ceramah kepada ibubapa dan peserta oleh Ust. Munawir bin Salehuldin dari SM Dr. Raja Nazrin Shah, Ipoh, Perak.  Antara pengisian lain  ialah Latihan Dalam Kumpulan oleh En. Zamri bin Abd Rani (Penyelaras PKG Tapah Road), Pengurusan Masa oleh Tn. Hj. Mat Jaafar Hj. Mat Zain (Pen. Pengarah Unit Latihan dan Kemajuan Staf JPN), Remaja dan PDRM oleh Ketua Polis Daerah, Penyalahgunaan Dadah oleh Tn. Hj. Abd Rahman Abd Manas. Turut diadakan ialah tazkirah Maghrib, tazkirah Subuh, riadhah pagi dan taklimat daripada guru. Program ini turut dihadiri oleh pegawai PPD Daerah Batang Padang dalam majlis penutup yang diadakan pada sebelah petang hari kedua program.

Taklimat pelaksanaan program kepada para guru telah dsampaikan pada 24 Mac 2010 di Bilik Gerakan SK. Besout 4 yang turut dihadiri  oleh Pn. Hjh. latifah dan  En. Tarmizi Mohd Tahir .

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aktiviti 2006

Aktiviti 2006

Aktiviti 2007

Aktiviti 2007

Aktiviti 2008

Aktiviti 2008

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP