06 Mac, Sabtu – Kem Bestari Solat 2010 berjaya dilaksanakan dengan jayanya
bertempat di SK. Besout 4. Kem siri pertama yang diadakan selama satu hari itu
diadakan khusus untuk murid-murid j-QAF tahun 1 hingga 5. Seramai 81 daripada
101 orang murid telah hadir dan mengikuti kem berkenaan. Selain daripada guru
j-QAF dan GPI iaitu En. Khaled, Pn. Zamzurina, Pn. Azlina dan Pn. Jamilah, kem
tersebut turut dibantu oleh beberapa orang guru daripada Panitia Sains dan
Matematik, antaranya Pn. Hadijah Wahi, En. Shamsol Kamal dan En. Mohamad
Zahrahi. Terima kasih diucapkan kepada semua. Insyaallah Kem Bestari Solat (KBS) siri kedua akan menyusul pada bulan April nanti.
0 ulasan:
Post a Comment