Jamuan Perpisahan
>> Monday, March 1, 2010
19 Januari – Satu jamuan perpisahan telah diadakan bagi meraikan beberapa
orang guru dari sekolah ini yang bakal menyambung tugas di sekolah lain.
Guru-guru berkenaan ialah En. Asminshah Baharudin yang merupakan mantan Ketua
Panitia Bahasa Inggeris, Penyelaras Makmal Komputer, Setiausaha Peperiksaan dan
Setiausaha Sukan Tahunan sekolah. Beliau akan berkhidmat di SK. Seri Besout.
Turut berhijrah ialah En. Zulkapli Piai yang merupakan Guru Perpustakaan dan
Media (GPM) dan akan berkhidmat di SK. Besout 3. Beliau yang menabur bakti di
sekolah ini sejak awal penubuhan SK. Besout 4 lagi merupakan salah seorang
daripada guru paling lama berkhidmat di sekolah ini iaitu selama 22 tahun. Sementara
Pn. Ritha Doraisamy pula yang baru berkhidmat di sekolah ini pada awal tahun
2010 diarahkan bertukar ke SK. Seri Bidor.
Apa pun, kami warga SK. Besout 4 mengucapkan jutaan terima kasih kepada
cikgu semua di atas khidmat bakti cemerlang sepanjang berada di sini dan kami
senantiasa mendoakan agar prestasi cikgu di sekolah baru terus kekal cemerlang.




0 ulasan:
Post a Comment