Kajian Tindakan 2009 : Tahniah SK. Besout 4
>> Friday, September 4, 2009
Tahniah kepada SK. Besout 4 kerana Kajian Tindakan 2009 yang telah dijalan dan dilaksanakan oleh Ust. Khaled Mat, guru j-QAF (Bahasa Arab) sekolah ini telah dipilih untuk dibentangkan di peringkat negeri Perak oleh Panel Pemilih yang terdiri daripada Jurulatih Utama (JU) Kajian Tindakan Daerah Batang Padang melalui Bengkel Pemilihan Laporan Kajian Tindakan pada 11 Ogos 2009 dan Taklimat Pemilihan Terakhir pada 2 September 2009. Kajian Tindakan pada tahun ini bertajuk "Meningkatkan Penguasaan "AL-RAQMU" atau Nombor Dalam Bahasa Arab Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Amanah Melalui Kaedah "SIFRUL ARQAM".
Sehubungan itu, beliau dikehendaki menghadiri satu taklimat iakan rumusan dan laporan lengkap pada 9 September 2009 di PKG Slim River.




0 ulasan:
Post a Comment