Selamat Datang ke Blog Rasmi SK. Besout 4, 35600 Sungkai, Perak. Blog Ini Telah Dibina Pada April 2008

Senarai Guru 2018

1.Guru Besar-En. Syahrul Nizam Bin Zulkflee 2.PK1-Pn. Normah Bt. Sulaiman 3.PK HEM-Pn. Rafizan Binti Abdul Samad 4.PK.Ko-En.Mohamad Zahrani Bin Zainul Abidin 5.GC-Pn.Norashikin Bt. Ramli 6.Pn.Rosida Bt. Abdul Shukor 7.En.Abdul Karim Bin Md Yusoff 8.En. Izzul Bin Che Rusli 9.Pn. Siti Hajar Bt. Abdul Wahab 10.En.Shanizam Bin Abdul Rahman 11.Pn.Mazrehan Bt. Abdol Rahim 12.Pn.Roslina Bt. Ariffin 13.En. Ezwan Shah Bin Ahmad 14. Pn. Juriah Bt. Abd. Jalil 15.En. Sabri Bin Ibrahim 16. Cik Najwatul Salmi Ismail 17. En. Mohd. Yusof Bin Ahmad 18. Cik Herdawati Bt Jamaludin

Semakan KPLI dan j-QAF Ambilan Januari 2009

>> Wednesday, December 24, 2008

Semakan tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Kementerian Pelajaran Malaysia dan j-QAF boleh dibuat mulai 24 Disember 2008 atau klik di sini. Klik here

Read more...

Mesyuarat Awal Tahun




SK. Besout 4 akan mengadakan mesyuarat awal tahun (2009) seperti ketetapan berikut :

- 02 Januari 2009
- Jumaat
- 9.00 Pagi
- Bilik Gerakan SK. Besout 4

Sehubungan itu, semua guru wajib menghadiri mesyuarat tersebut.

Read more...

3 Kakitangan SK. Besout 4 Berhijrah

>> Monday, December 22, 2008


19 Dis – Satu majlis perpisahan yang agak ringkas telah diadakan di kelas Pra Sekolah bagi meraikan perpindahan beberapa orang kakitangan sekolah ke sekolah lain. Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh beberapa orang guru dan staf berdekatan sahaja yang tidak pulang bercuti jauh dari sekolah. Majlis didahului oleh Ucapan Guru Besar dan ucapan ringkas daripada guru dan staf yang akan berpindah sebelum menikmati sedikit jamuan. Sedikit cenderahati disampaikan oleh Pn. Guru Besar daripada wakil Kelab Guru, PIBG dan peribadi. Berikut adalah warga SK. Besout 4 yang diraikan dalam majlis berkenaan :

•En. Mohd Som Mohd Taib – Telah berkhidmat selama 2 tahun di sekolah ini sebagai PK. Pentadbiran, dan akan memulakan tugas baru di SK. Ulu Bernam, Teluk Intan. Merupakan ex-housemate penulis selama setahun.
•Cik Siti Salbiah Mohd Sani – telah berkhidmat selama 6 tahun dan akan memulakan tugas baru di SK. Balik Pulau, Pulau Pinang. Bakal mendirikan rumahtangga pada 2009
•En. Zulkifli Sulaiman – Beliau tidak disambung kembali kontrak. Insyaallah sama-sama kita doa moga kontrak beliau akan disambung kembali pada awal tahun 2009 nanti.

Apapun, seluruh warga sekolah memohon ampun dan maaf, serta mengucapkan “selamat maju jaya” dan “selamat jalan” kepada mereka bertiga. Walaupun berjauhan, ukhuwwah yang terbina moga tetap utuh.

Read more...

Selamat Datang Kepada Cikgu Shanizam


Penulis masih ingat kenangan 3 tahun silam semasa penulis ditawarkan jawatan guru j-QAF Ambilan 2006 di sekolah ini, guru lelaki yang berkhidmat di sekolah ini hanya 4 orang sahaja, iaitu Cikgu Shamsol, Cikgu Zol, Cikgu Mad dan Min. Tapi nampaknya era kemelesetan seakan-akan tampak bakal berlalu. Selepas penulis datang, 4 orang guru berikutnya semuanya guru lelaki. Cikgu Mat Som, Cikgu Hamran, Cik Wan dan terbaru Cikgu Shanizam Abdul Rahman. Ahlan wasahlan Cikgu Shanizam kerana sudi datang ke sini. Berasal dari Trolak Selatan dan pernah berkhidmat di SK. Balik Pulau, Pulau Pinang. SELAMAT DATANG

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aktiviti 2006

Aktiviti 2006

Aktiviti 2007

Aktiviti 2007

Aktiviti 2008

Aktiviti 2008

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP